Sunday, 4 December 2011

CONTOH RUMAH-RUMAH MODEN

Dalam era teknologi yang kian pesat, rumah-rumah Moden juga dibina secara luas di negara kita. Antaranya ialah:


Rumah Banglo



Rumah Teres



Rumah Pangsapuri


CONTOH RUMAH-RUMAH TRADISIONAL

Di Malaysia masih terdapat pelbagai jenis Rumah Tradisional yang melambangkan unsur-unsur pembinaan rumah secara tradisional. Antaranya ialah;

Rumah Limas Johor




Rumah Minangkabau 




Rumah Pahang




Rumah Melaka




Rumah Kutai ( Pasir Salak, Perak )




Rumah Bajau ( Sabah )




Rumah Tinggi Melanau ( Sarawak )



Inilah beberapa warisan pusaka tradisional yang masih terdapat di negara kita. Kita perlulah memulihara rumah-rumah tradisional ini dengan baik bagi menjamin pengetahuan tentang khazanah tradisional generasi yang akan datang....

Jenis-jenis Rumah Di Malaysia ( TOPIK 1 : Rumah dan Keluarga)

Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4 SJK

 
Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun Empat


Topik ini adalah topik dalam matapelajaran  Kajian Tempatan Tahun 4

Pengetahuan Sedia Ada Murid :
Murid-murid telah belajar mengenai penempatan awal, faktor mempengaruhi kepadatan, dan fungsi rumah.

Strategi Guru :
Guru boleh menerangkan mengenai dua jenis rumah yang terdapat di Malaysia iaitu rumah tradisional dan rumah moden.

Rumah Tradisional
Rumah tradisional ialah rumah yang dibina secara tradisi dan dibina oleh tukang kayu menggunakan kemahiran tradisi seperti sebuah rumah menggunakan pasak iaitu tanpa paku. Rumah sebegini biasanya terdapat di kampung, tetapi ada juga rumah yang telah dibaik pulih dan menjadi muzium atau pameran untuk orang ramai. Rumah tradisional dibina menggunakan hasil alam seperti kayu meranti, nyatoh dan sebagainya.

Rumah Moden

Rumah moden ialah rumah seperti banglo, teres, pangsapuri. Rumah begini dibina dengan kepakaran serta teknologi moden. Rumah moden pula dibina menggunakan Batu bata, Simen, Besi dan Kaca.